Description
PENGENALAN PROGRAM
MSPO adalah salah satu keperluan Standard Malaysia untuk minyak kelapa sawit dalam menangani isu-isu dan cabaran berkaitan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam industri ini. Ia dipantau dan dikawal selia di bawah kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Kursus ini direka lebih kepada kesedaran dan pemahaman MSPO untuk membangunkan senarai utama kepada dokumen dan rekod dalaman serta luaran mengikut keperluan MSPO
OBJEKTIF
• Meningkatkan pemahaman dan kriteria mengenai asas MSPO (MS 2530) dan pelaksanaannya serta memahami keperluan dokumen & rekod.
• Dapat membangun, mewujud dan menulis dokumen dengan baik serta memahami kaedah pengurusan
dokumen dan rekod selari dengan keperluan standard MS 2530.
• Peserta dapat mengimplementasi serta mengurus dokumen & rekod dengan berkesan.
PESERTA
• Mereka yang TIADA asas pengalaman dalam MSPO (beginners) atau sebarang asas sistem pengurusan organisasi (ISO)
• Pengurus, Eksekutif, Penyelia, Pengawal Dokumen (Jabatan Kualiti, Pentadbiran, Compliance Unit) yang mungkin terlibat dalam pembangunan dokumen MSPO organisasi (sektor perladangan & kilang kelapa sawit).
DURATION
Participants need to complete within 3 months after subscription
read more